RAWATAN KEHAMILAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG


Assalamualaikum....

              Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sendiri. Zuriat ini sebagai penyeri dalam setiap rumahtangga. Tanpa kehadiran insan2 suci ini terasa kosong dan sunyi kehidupan suami dan isteri. Namun setiap perkahwinan itu pasti diuji oleh-Nya tanda kasih Pencipta kepada hamba-Nya. Salah satu ujian besar yang sering dihadapi dalam kehidupan berumahtangga adalah memperolehi zuriat sendiri. Semuanya terjadi mungkin disebabkan beberapa faktor kesihatan dan tak kurang juga faktor gangguan makhluk halus.

              Sesungguhnya Allah maha mengetahui mengapa semua itu berlaku. Kita sebagai hamba-Nya wajib BERDOA, IKHTIAR, BERSERAH & BERSABAR. Jangan ada istilah putus asa dalam setiap masalah yang kita hadapi. Pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah sukar mendapat zuriat. Ada antara kita yang sudah berkahwin 2, 3 atau lebih 10 tahun tapi masih tidak mempunyai cahaya mata. Namun kita juga jangan lupa banyak kisah2 yang kita sendiri pernah dengar ada pasangan yang sudah 20 tahun berumahtangga baru memperolehi cahaya mata. Allah akan beri kepada siapa sahaja hamba-Nya yang Dia suka. Terpulang pada kita untuk menerima dan bersabar dalam menempuhinya. InsyaAllah dengan kesabaran dan berkat usaha Dia akan memakbulkan jua. Masa itu kita akan rasa nikmatnya doa, sabar dan usaha itu.

            Disini Liana ada menyediakan rawatan bagi mereka yang sukar hamil. Sekadar ingin berkongsi dan membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah berkat doa dan usaha kita bersama satu masa Allah akan izinkan. 


Cara Rawatan :  Urutan 1 badan, sengkak, betulkan kedudukan rahim, buang angin dan lembutkan urat.

Ubat : JAMU SARI PUTRI & MAJUN HABATTUSSAUDAH (Untuk diamalkan suami dan isteri) Harga : 


Waktu Rawatan : urutan dilakukan 3 hari berturut-turut. Urutan dilakukan semasa kedatang haid (hari haid paling banyak keluar digalakan)

Harga Rawatan : RM70 sekali urut.

Harga Ubat : RM 39.00 setiap satu. 60 biji



JAMU SARI PUTRI


MAJUN HABATUSSAUDAH








Wanita Cantik yang suka Menangis...



Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa engkau menangis?'

'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.

'Aku tidak mengerti', kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'

'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'


Allah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh '
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya '
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya '
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'

'Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
' tempat dimana cinta itu ada.'

Kita berusaha ALLAH menentukan

ASSALAMUALAIKUM

Pagi ni Liana nak kongsi sikit berita gembira sebab semalam dapat berita lagi dari customer yg beliau dah hamil 2 bulan lepas datang berurut dengan Liana. Liana nak ucapkan tahniah dan paling penting syukur banyak2 pada ALLAH sebab doa dan usaha kami dimakbulkan... ^___^

Actually dah beberapa orang kawan dan customer yang dah berjaya hamil selepas datang berurut dengan izin Allah. Tujuan Liana kongsi benda ni bukan untuk menunjuk2 atau bangga diri sebab berurut dengan Liana diorang berjaya hamil. TOTALLY WRONG..!!!!!! Semua ni urusan DIA. Maybe DIA pilih Liana untuk tolong korang yang kat luar sana yang sukar utk dapatkan zuriat. So takde yang pelik dan ajaibnye kat sini klau korang hamil lepas urut dengan Liana. Kira Liana macam pengatara yg Allah pillih lakan hehehehe.....

Important thing yang Liana nak tunjukan kat sini ialah kita WAJIB BERDOA dengan apa cara sekali pun untuk dapatkan apa yang kita hajati. Terpulang pada ALLAH nak bagi atau tidak. Ada jugak customer yg datang berurut tapi tak berjaya hamil. Mungkin belum masa untuk Allah makbulkan doa mereka. Rezeki anak nikan anugerah ALLAH dan DIA sahaja yg bole bagi. Bukan sebab datang berurut dengan Liana korang berjaya hamil. So jangan terlalu meletakan harapan yang tinggi bila kita dah buat sesuatu perkara yg kita hajati. Kerana segala ketentuan adalah hak ALLAH. Tapi jangan lupa untuk terus, terus dan terus BERDOA, SABAR diiringi dengan usaha. Jangan sesekali ada istilah putus asa sebab sekali kita putus asa ALLAH juga akan putus asa pada kita.



SET BERSALIN by de'arabeauty





ASSALAMUALAIKUM

Kepada semua pelanggan2 yg bakal menjadi ibu di luar sana, tak tahu mana nak dapatkan set ubat tradisional selepas bersalin yang lengkap dengan harga berpatutan. Insayallah dapat membantu memulihkan kesihatan kita  selepas bersalin. Juga sangat elok jika di amalkan berterusan selepas habis tempoh berpantang.
Di sini kami ada menyediakan set ubat untuk wanita lepas bersalin ia terdiri daripada JAMU, MAJUN, PILIS dan PARAM. Set ni cukup bagi keperluan masa dalam tempoh berpantang (2 bulan)


Harga untuk 1 set 10 item
RM 275.00

JAMU SARI PUTRI - 2
MA'JUN HABBATUS SAUDAH - 2
BODY CURVE CREAM - 1
SARI LULUR - 1
SARI PILIS - 1
HERBA MANDIAN - 2
MINYAK SARI HERBA - 1




JAMU SARI PUTRI  




Harga : rm 39.00 (exclude postage)
60 kapsul



 MA'JUN HABBATUS SAUDAH





Harga : rm 39.00 (exclude postage)

60 biji




BOBY CURVE CREAM


Kegunaan : dapat membakar lemak dalam badan, menyingkirkan air dalam badan dengan proses perpeluhan dan mengembalikan bentuk asal badan.

Cara guna : sapu nipis dikawasan yg perlu seperti perut, peha dan lengan

Harga : rm 45.00 (exclude postage)
100 ml




SARI PILIS

Kegunaan dan kebaikan: elok bagi mengelakan dari kepala cepat masuk angin dan mengelakan pening kepala

Cara guna : ambil 1 @ 2 sudu kecil dicampurkan dengan sedikit air( jgn terlalu cair ) dan kacau sebati. kemudian letakan secara melintang di dahi dan di atas kawasan kening kita sebesar 2cm

Harga : rm12 (exclude postage)




SARI LULUR


Kegunaan dan kebaikan : dapat memanaskan badan dan mengelak dr badan mudah masuk angin. ia juga boleh menghaluskan kulit dan menghilang parut2 dibadan. dapat membuang bekas hitam2 yg biasa terjadi pada kulit kita semasa waktu hamil.

Cara guna : ambil ikut keperluan kita. campur dengan air ( jgn pekat, cair sahaja untuk memudahkan proses menggosak dan sapuan) dan kacau sebati. kemudian sapukan di seluruh badan sambil menggosokan dipermukaan kulit. juga sesuai utk diletak dikulit muka. biarkan kering dibadan untuk seharian.


Harga : rm12.00 (exclude postage)




HERBA MANDIAN



Kelebihan : untul menyegarkan badan, membuang anign badan dan memberi keselesaan bahagian sulit. menghilangkan kegatalan, luka jahitan cepat sembuh dan mengelakan jangkitan kuman.

 Cara guna : rebus 1 pek herba mandia dalam 1 periuk. cukup rebus dengan hanya 1 gayong penuh air paip. selepas mendidih campurkan air rebusan tersebut dengan air paip biasa sehingga air mandian menjadi suam. selepas badan di bersihkan dgn sabun dan sebagainya bilas dan bersihkan pula seluruh badan dengan air rebusan tersebut. 

Harga : m15.00 (exclude postage)



MINYAK SARI HERBA
.




Kegunaan : urutan seluruh badan, melegakan sakit badan, melembutkan urat saraf, menguatkan otot, melancarkan peredaran darah, sesuai utk kulit bayi yang melecet atau ruam.

Sesuai utk ibu selepas bersalin, urutan biasa, bayi baru lahir, kanak-kanak, masalah urat saraf dan urutan ibu mengandung.

Harga : rm 20.00 (exclude postage)



Follow kami di Facebook Instagram de'ara beauty

KELEBIHAN BERSAUNA





Kalau sebut tentang SAUNA atau MANDI WAP mesti semua orang tau kan....amalan turun temurun dari nenek moyang kita yang sangat2 bagus untuk kesihatan tubuh badan. Masih diamalkan hingga kehari ini.

Kulit adalah anggota tubuh kita yang paling besar kerana melitupi keseluruhan badan kita...bayangkan badan kita tanpa kulit. Mesti pelik dan sakitkan kerana isi badan kita tidak dilindungi. Hebat dan indahnye ciptaan ALLAH ini untuk kita. So sebagai manusia kita perlulah menjaga anugerah ALLAH yang satu ni. Salah satu penjagaan kulit adalah dengan BERSAUNA.


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSAUNA :

~ melancarkan peredaraan darah
~ membuang toksin dalam badan
~ merawat luka dalaman bagi wanita selepas bersalin
~ membersihkan kulit menjadi lebih besih, lembut, segar, halus dan licin
~ menyegarkan badan dan menghilangkan stress setelah penat bekerja
~ menghilangkan sengal-sengal, bisa-bisa dan lenguh-lenguh badan
~ dapat melembutkan urat-urat yg tegang
~ membuang angin dalam badan
~ dapat membakar lemak...boleh kurus kan badan dengan teratur kalau kerap dilakukan...
~ dapat merawat resdung dan jerawat (jerawat kat badan pun boleh hilang insyallah)



KELEBIHAN BERSAUNA DIBANDINGKAN DENGAN AKTIVITI BERSUKAN

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori



KENAPA SAUNA KAT SINI BESTTT..!!!

Untuk sauna atau mandi wap ni Liana menggunakan 100% herba tradisional yang diakui kebaikannya. Liana tak guna air sahaja macam kebanyakan tempat sauna. So khasiat yang ada pada herba ni akan diserap oleh badan kita serta dapat membunuh kuman dalam badan.

Sesiapa yang dapatkan HERBA MANDIAN boleh direct whatsapp / telegram / sms 013-2552766



Boleh follow kami  Facebook Instagram De'ara Beauty