Kita berusaha ALLAH menentukan

ASSALAMUALAIKUM

Pagi ni Liana nak kongsi sikit berita gembira sebab semalam dapat berita lagi dari customer yg beliau dah hamil 2 bulan lepas datang berurut dengan Liana. Liana nak ucapkan tahniah dan paling penting syukur banyak2 pada ALLAH sebab doa dan usaha kami dimakbulkan... ^___^

Actually dah beberapa orang kawan dan customer yang dah berjaya hamil selepas datang berurut dengan izin Allah. Tujuan Liana kongsi benda ni bukan untuk menunjuk2 atau bangga diri sebab berurut dengan Liana diorang berjaya hamil. TOTALLY WRONG..!!!!!! Semua ni urusan DIA. Maybe DIA pilih Liana untuk tolong korang yang kat luar sana yang sukar utk dapatkan zuriat. So takde yang pelik dan ajaibnye kat sini klau korang hamil lepas urut dengan Liana. Kira Liana macam pengatara yg Allah pillih lakan hehehehe.....

Important thing yang Liana nak tunjukan kat sini ialah kita WAJIB BERDOA dengan apa cara sekali pun untuk dapatkan apa yang kita hajati. Terpulang pada ALLAH nak bagi atau tidak. Ada jugak customer yg datang berurut tapi tak berjaya hamil. Mungkin belum masa untuk Allah makbulkan doa mereka. Rezeki anak nikan anugerah ALLAH dan DIA sahaja yg bole bagi. Bukan sebab datang berurut dengan Liana korang berjaya hamil. So jangan terlalu meletakan harapan yang tinggi bila kita dah buat sesuatu perkara yg kita hajati. Kerana segala ketentuan adalah hak ALLAH. Tapi jangan lupa untuk terus, terus dan terus BERDOA, SABAR diiringi dengan usaha. Jangan sesekali ada istilah putus asa sebab sekali kita putus asa ALLAH juga akan putus asa pada kita.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.